Monday, June 18, 2012

BezFren's Weeding


...Assalamualaikum...

ini kad jemputan BEZ classmates itew tau~

ha,ini la BEZFREN itew dalam clz dulu mse kat STePo@commerce clz,AIN ATIQAH..dok sebelah-sebelah...tdo sebelah-sebelah bila cekgu tak de...gossip-gossip bila tak nak belajar...hahaha...imissyousomuch..last-last jumpa pas sekolah time dia tawen dah..ish,tak dpt nak dating t hubby dy mare...ihik ^^


...Selamat Pengantin Baru...
...Moga Berkekalan Ke Akhir Hayat...


p/s : ni part I pnye tau...hihi..next pic,tgu~~~~~~~~~


Thursday, June 14, 2012

Seminggu sudah peristiwa berlaku

Catat “kenangan paling terindah” la tok pengalaman pemandu aku setakat ini (versi versus tau) . Haha. Baru aku tahu sebelum ni aku jadi tukang tengok je orang lain accident tapi tok kali ni.ha! amik ko. Turn aku lak..dus! dus! Kebabooom. Imbas kembali, pagi tuh memang ngaku 100% malas gle nak g kje. Ciap cakap kat mama tuh “malas nya rasa nak g keje” dengan harapan mama kasi respon tapi habuk pun tarak. Menyepi terus. So dengan lemah longlai aku pun ciap la gak.

15minit pas tu, start enjin. Kiss pipi cium tgn mama, aku pun gerak. Gerak punya gerak sampai kt jalan raya yang selalu nye peak bila pepagi orang nak g keje. Kadar kelajuan memang maintain je about 50-60 la. Kereta depan kereta belakang nak cakap jarak selamat,hurm pikir jap…selamat2 cuma time tuh kereta sangat banyak.

Ok, sesampai je kat area orang suka buat u-turn aku pun sopan la kan drive tapi tetiba ada lak satu bas biru besau yang tak da aircond dok sibuk u-turn gak kat situ (wah, sempat lagi kutuk..kuikuikui ^^v ). Aku dan boyfren dah lepas separuh dah pun dengan badan bas biru tuh tapi pergh alih2 dia mau masuk jugak. Dalam hati dah dapat tahu nak accident, nak ke kiri memang tak la kan kereta kiri pun banyak nak break emergency kang takut orang belakang hentam boyfren aku jugak.

At last, bas biru tu hentam pintu kanan belakang dan aku pun wat stunt sampai naik divider tengah. Berpinar gak la rasa otak kepala ni coz baik2 180˚ tegak jadi 90˚ ke kanan (info: accident berlaku di line kanan). Sempat jugak teringat pesan baba, bila accident angkat hand brake. Bila dah hilang kawalan aku pun jadi agak pening sempat gak la aku angkat hand brake tapi kaki rasa nya tak tekan break (aisey ==’ ..kalut punya pasal).

Mujur ada longkang kt divider tu, boyfren trus tmasok longkang. Kalau la tak da longkang, aku? Hurm selamat ke tak kan. Syukur, aku selamat tapi boyfren la. Cian dia ~

Selamat je landing di longkang, dah pasti kan diri sendiri selamat. Matikan enjin terus keluar. Si drebar bas turun2 marah2 aku. Wah. Wah. Wah . memang tak leh jadi. Mentang2 nampak kita perempuan sorang2 nak suka suki je marah-marah. Aku lawan balik la tak da makna nya diam gitu je (lawan cakap jela).

Nasib baik la (ala biasa nya rakyat Malaysia memang prihatin tapi ni puji ke apa? *abaikan* ^^v ) pak cik motor sedia menjadi orang tengah menyejukan keadaan. Baik-baik gaduh terus ok sampai la polis ronda sampai. Phew! Lega jp

Keadaan lalu lintas agak sibuk (aku punya pasal la..hoho). baru ku tahu, perasaan orang accident di jalan raya. Marah pun ada. Sakit hati pun ada. Malu pun ada. Bengang? Konfim la ada kan. Lepas ni taubat tak mo cakap pape if ada orang accident. Full stop!.lepas ni tak nak bising-bising bila jalan jammed (yeke? Entah la labu..haha)

Tengah panas-panas, cepat-cepat aku call baba. Aku cakap “ba, kakak accident ni. Kakak ok. Kereta yang teruk”. Nak tahu tak ayah aku cakap apa? “ha apa?kereta ok?” . ha amik, padan muka aku. Terasa cam jatuh pokok kelapa je bila dengar ayh aku cakap cam tu. Bukan terus tanya aku ok dulu ni tak tanya kereta ok ke tak. Adoyai~

Ada la 1 jam gak jadi model tak berbayar kat atas divider 2 dgn bpakaian ala-ala lawyer tapi ada gak suara-suara sumbang menyumbang. “hoi, patut la jammed kau punya pasal la” . Ingat aku nak sangat agak nya nak accident. Tangan ni dah ringan dah nk cabut kasut nak baling kat muka orang berkenanan tu. Hoho. Tapi -tapi baik tak payah, ada kang tambah lagi satu kes kang. Haru-haru~

Selamat je boyfren naik atas on-tow. Family aku pun sampai. Mama dah start dah peluru berpandu dia kat aku. Huhu. Nasib badan tapi bila aku cerita balik terus cool cam ais box. Dah tak marah-marah lagi dah . lepas tu, kita orang pun terus ke balai wat report tapi uncle drebar entah mana tah pegi hantar passenger kot bila dia buat repot pun aku tak tahu.



                 *first week muley2 bersama dengan boyfren*