suatu malam...macam biasa berbalas mesej...bosan la kata kan tapi rasa nya bukan sebab bosan cuma dah terbiasa mesej bersama2...kami kenal sudah lama...hampir 5 tahun persahabatan kami...cuma umor...umor kami berbeza...dia lebih 4 tahun tua...awal perkenalan secara tak sengaja...tah mahluk mana memberi dia nomber handphone....pada mula itu,kami berkawan pabila dia mula bermesej2...ada kala nya hati terbuai dengan cara dia melayan kerenah...ada kala nya ku suka menyakit kan hati...disebabkan ku berstatus pelajar....dia cuba mencipta jurang...berkata ku lebih layak dengan orang yang setaraf dengan ku sedangkan dia sekadar kuli menyambung kabel2 bidang komunikassi...secara tak langsung ku memaksi kan diri nya sebagai ABANG ku...
kami suka buat perkara yang sama...suka tengok wayang...jejalan...usha orang...tiap kali jumpa atau keluar bersama,tak ada aktiviti lain kami buat....tengok wayang adalah wajib bagi kami...hihi...banyak suka duka kami...banyak kenangan kami bersama...
di kala BABA ku terlantar di hospital...dia banyak menolong aku....sudi meneman aku ke hospital...sudi menjadi pemandu aku tok ulang alik ke hospital....walaupun kami rapat...dia dengan family aku tak la serapat aku dan dia...dia bukan sejenis manusia yang reti berbahasa dengan orang tua....walau pun begitu,kami tetap rapat jugak...huhu....banyak juga jasa dia kepadaku,bila ku kekangan duit atau ada masalah...dia lah orang pertama yang akan menolong ku sedaya yang mungkin....semampu yang boleh....TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT...hal ni tak akan ku lupa sampai bila-bila....
nak dijadikan sebab kami tak lagi berkawan....suatu malam ketika aku melayan siaran tv,kami bermesej...dalam mesej itu~
mesej 1 - saya ada hal nak bagitahu awak...saya yang sebenar nya yang akan kahwin ahad ni bukan adik saya...saya tak sangka saya akan kahwin...saya tak bersedia lagi...
pabila ku habis membaca mesej ni...patut la aku rasa ada tak kena dengan dia ini sejak menjak ini...rupa nya ada udang sebalik batu...dia ada cakap,adik dia nak kahwin...ku bergurau lalu bercakap entah-entah dia yang nak kahwin bukan adik dia...dalam hati ku pada masa aku bergurau,suka kerana dia ku anggap sebagai abang ku sendiri...ku suka jika dia yang berkahwin ^^....
mesej 2 - napa tak balas mesej?...saya tak tipu....saya yang akan kahwin nanti...saya tak sangka saya akan kahwin nanti....
sepantas kilat ku balas mesej ini....
yeke?...tahniah....tapi nape tak cakap awal-awal nak kahwin?...padahal kan kita selalu jumpa...napa cakap adik awak yang nak kahwin?
mesej 3 - saya takut kehilangan awak sebab itu saya tak nak bagitahu awak nak kahwin
ku balas...
kita kan rapat?awak kenal kan saya macam mana kan?...nape nak takut?...saya tak kisah tapi saya lagi suka awak kahwin...awak kan abang saya
mesej 4 - saya kahwin nanti disebabkan pilihan keluarga...saya tak dapat nak tolak pilihan keluarga saya ini...saya tak nak malu kan keluarga saya...nak tak nak saya terpaksa ikut plilhan mereka....saya takut kehilangan awak...saya tahu awak anggap saya sebagai abang awak tapi saya cinta kan awak...sudah lama sebenar nya saya cinta kan awak...awak aje yang tak tahu...
mesej ni berbalas....
owh yeke?kalau begitu....SELAMAT PENGANTIN BARU....terima la seadaanya bakal isteri awak itu dengan sepenuh hati awak...iye,saya memang tak tahu sebab awak saya anggap abang saya....kawan rapat saya....tak lebih dari itu....maaf kan saya,saya memang tak cinta kan awak...
mesej 5 - saya tak sedia nak kahwin tapi apa kan daya kerana keluarga saya turutkan jua....saya tahu sekarang ini sudah terlambat tok saya meluahkan rasa hati saya terhadap awak...ini semua terjadi kerana salah saya yang suka cakap besar dengan awak dahulu...akhir nya, ini la kesudahan hidup saya yang saya sendiri terpaksa menerima nya...saya jemput awak dan keluarga awak datang ke majlis perkahwinan saya....harap sangat awak datang nanti....awak datang tau!...tapi kita masih boleh berhubung kan walaupun saya dah kahwin nanti?
ku balas lagi mesej dia ini....
kalau tak ada apa aral melintang...InsyaAllah saya datang...saya tak rasa saya boleh berhubung lagi dengan awak nanti...bukan cara saya tok mengusik milik orang....harap awak faham....SELAMAT PENGANTIN BARU....
tanggal 13 haribulan June 2010....dia selamat dinikah kan dengan pilihan keluarga nya itu...ku pergi majlis nya bersama rakan ku....tarikh ini bersamaaan dengan hari lahir mama ku...dengan tah sengaja,mudah saje ku mengingati tarikh ni....
di majlis perkahwinan yang itu...ku lihat ahli keluarga nya semua meraikan perkahwinan nya dengan penuh kegembiraan...ku lihat dia dengan isteri nya dalam hati berkata " ini la jodoh yang Allah S.W.T tetap kan kepada mu...terima la dia dengan hati yang rela..."
tak kunafikan,ku tetap rasa kehilangan....kehilangan abang yang banyak membantu....kehilangan kawan yang sungguh memahami....sayang tetap sayang kan nya tapi CINTA??...TAK ADA!!...maaf kan saya...harap satu hari nanti awak akan berubah jadi orang yang lebih matang dan dapat berfikir dengan rasional kenapa saya tak mahu lagi berhubungan dengan awak...
p/s:
sekarang ni dia masih lagi cuba untuk berhubung dengan ku....ada satu masa sampai aku memaki nya dengan sepenuh hati ku kerana cuba mengganggu hidup aku...
~pengkaji cuaca FaLiSha
sebagai wanita,jika ku berada di tempat isteri nya....aku juga sedih jika suami ku sibuk mengejar perempuan lain...hati,tabah kan la kekuatan mu =,=