Showing posts with label PeRsoNaL. Show all posts
Showing posts with label PeRsoNaL. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Dua Ribu Tiga Belas

assalamualaikum....

its quite long im not writing post in my blog...is it??...yeah,it true...im admit it..*wah!,sangat berterabur my english,Oh my!!!* hihi

tengok!!...lagi berapa hari lagi nak masuk tahun 2014 tau baru nak updates blog ke cik Fara oi!!..haha..ape pun tak boleh..hihi...sebenarnye bukan sengaja tak nak updates blog ni...banyak sangat kekangan dilanda 2013 antaranya:
  • my netty!, notebook saya tak berapa nak function well...gambar tak boleh view in thumbnail so kena la view in full baru leh bukak...pas 2,pergi format,konon2 nya ok la pas format...hujung2nye nak tahu ape jadi???...si kedai komputer ni main tipu dgn kte tau...dy install window yg versi copycat punye...hangeenn je rse ---___---''
  • dunia kerjaya...tahun 2013 ni tahun menjejakkan kaki ke dunia pekerjaan yang sangat pancaroba yang tak berapa nak noba sangat la sebab nye kan...muley2 dah main tipu sbb tmpt praktikal panggil jadi temporary payroll assistant dowg tak yah dok gigil kne interbiu...hoho...best kn??..sangat untong wo..hoho (",)v..pjg sbenarnye pasal dunia kerja ni tp hurm nanti la review in full pasal kerja ni ye...ok?? (^^,)v
  • lastly,sbb diri sendiri malas nak updates sebenarnya...hahahahahahahaha (sgt jujur disitukan) LOL!!..
tetapi....
so thankful 4 dis year...
banyak benda jadi...
banyak benda buat menangis sendiri...
banyak benda buat hati gembira...
banyak benda yang dapat dipelajari...
banyak benda yang telah ditempuh...
banyak benda yang bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan-Nya kepada insanNya ini..
ku bersyukur padaMU....

pengkaji cuaca araFaLiSha~
..dua ribu tiga belas..



Wednesday, February 6, 2013

Meniti Hari Mendatang

salam..

meniti hari mendatang. tak ingin lagi fikir cakap orang luar seperti dia. segala keputusan ku serahkan kepada keluarga. tak kira apa percakapan dia, ku tak lagi percaya. dia seperti insan yang mulia. dia seperti dia seorang menanggung derita. ku tahu ku ada silapnya tetapi ku juga ada hati. ku lagi sayangkan diriku. tak pa, Allah itu ada. dia sentiasa bersama kita. ku percaya itu

pengkaji cuaca araFaLiSha~
ku harap ku makin kuat semangat bukan lemah dengan kata-kata tak boleh diterima oleh hati ku..AMIN..

Monday, February 4, 2013

Tangisan

salam..

menangis? perempuan dan airmata tak lekang. sekuat mana pun tetap menangis jugak! tapi dalam sejuta ada seorang manusia yang tak boleh tengok orang lain menangis, bagi dia "MENYUSAHKAN" bila seorang menangis di depan, belakang atau tepi dia. orang ini kita sememangnya tak patut wujud dalam hidup kita sebab dia bukan memberi kita dorongan atau sokongan yang kita perlukan daripada orang sekeliling kita.

patut ke orang itu menangis kita lagi marah pada orang itu? patut ke pukul orang yang menangis itu walaupun tak kira la dia menangis disebabkan salah yang dia telah buat? fikir lah setiap manusia ada hak dia di muka bumi ini.

berhari-hari menangis adakah baik? ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini. tak tertanggung rasa menangis tiap hari.

pengkaji cuaca araFaLiSha~
tak sanggup lagi menempuh dugaan ni ;(

Sunday, February 3, 2013

Laporan Polis

salam...hye...sudah sekian lama tinggal blog sendiri...betul, memang macam-macam terjadi dalam hidup ni..banyak yang pahit yang tak boleh lupa...sampai diri sendiri tak tahan untuk hadapinya...betul,tak tipu :(

tapi dalam banyak-banyak tu ada juga manis nya...misal nye semester akhir sebagai pelajar ijazah sarjana muda perakauan...penat? of course tak yah cakap...memang penat...sampai test & quiz tak dapat nak fokus...huhu...penangan assessment punya hal...kenangan tak boleh lupa <3 b="">

laporan polis?masuk ni kali ke2 tak silap wat laporan polis...dulu time henfon kene ragut...kali ni lain..ugutan...ya,ugutan...takut? wajib la takut sebab melibatkan nyawa dan hak kita sebagai manusia..kenapa ada lelaki seperti dia?..cakap sayang cakap suka tapi sanggup ugut bila kehendak diri tak dapat ditepati atau ada perkara yang dia tak boleh terima kenyataan...sanggup aja memukul walaupun memang kita salah tapi dia tak hak untuk memukul kita sesuka hati...betul?

iya, tahu semua ni dugaan...kalau tak ada dugaan tak la kita jadi lebih baik dari sekarangkan?

sekian,entry pendek tapi padat :)

pengkaji cuaca araFaLiSha~
Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku ~

Monday, June 18, 2012

BezFren's Weeding


...Assalamualaikum...

ini kad jemputan BEZ classmates itew tau~

ha,ini la BEZFREN itew dalam clz dulu mse kat STePo@commerce clz,AIN ATIQAH..dok sebelah-sebelah...tdo sebelah-sebelah bila cekgu tak de...gossip-gossip bila tak nak belajar...hahaha...imissyousomuch..last-last jumpa pas sekolah time dia tawen dah..ish,tak dpt nak dating t hubby dy mare...ihik ^^


...Selamat Pengantin Baru...
...Moga Berkekalan Ke Akhir Hayat...


p/s : ni part I pnye tau...hihi..next pic,tgu~~~~~~~~~


Thursday, June 14, 2012

Seminggu sudah peristiwa berlaku

Catat “kenangan paling terindah” la tok pengalaman pemandu aku setakat ini (versi versus tau) . Haha. Baru aku tahu sebelum ni aku jadi tukang tengok je orang lain accident tapi tok kali ni.ha! amik ko. Turn aku lak..dus! dus! Kebabooom. Imbas kembali, pagi tuh memang ngaku 100% malas gle nak g kje. Ciap cakap kat mama tuh “malas nya rasa nak g keje” dengan harapan mama kasi respon tapi habuk pun tarak. Menyepi terus. So dengan lemah longlai aku pun ciap la gak.

15minit pas tu, start enjin. Kiss pipi cium tgn mama, aku pun gerak. Gerak punya gerak sampai kt jalan raya yang selalu nye peak bila pepagi orang nak g keje. Kadar kelajuan memang maintain je about 50-60 la. Kereta depan kereta belakang nak cakap jarak selamat,hurm pikir jap…selamat2 cuma time tuh kereta sangat banyak.

Ok, sesampai je kat area orang suka buat u-turn aku pun sopan la kan drive tapi tetiba ada lak satu bas biru besau yang tak da aircond dok sibuk u-turn gak kat situ (wah, sempat lagi kutuk..kuikuikui ^^v ). Aku dan boyfren dah lepas separuh dah pun dengan badan bas biru tuh tapi pergh alih2 dia mau masuk jugak. Dalam hati dah dapat tahu nak accident, nak ke kiri memang tak la kan kereta kiri pun banyak nak break emergency kang takut orang belakang hentam boyfren aku jugak.

At last, bas biru tu hentam pintu kanan belakang dan aku pun wat stunt sampai naik divider tengah. Berpinar gak la rasa otak kepala ni coz baik2 180˚ tegak jadi 90˚ ke kanan (info: accident berlaku di line kanan). Sempat jugak teringat pesan baba, bila accident angkat hand brake. Bila dah hilang kawalan aku pun jadi agak pening sempat gak la aku angkat hand brake tapi kaki rasa nya tak tekan break (aisey ==’ ..kalut punya pasal).

Mujur ada longkang kt divider tu, boyfren trus tmasok longkang. Kalau la tak da longkang, aku? Hurm selamat ke tak kan. Syukur, aku selamat tapi boyfren la. Cian dia ~

Selamat je landing di longkang, dah pasti kan diri sendiri selamat. Matikan enjin terus keluar. Si drebar bas turun2 marah2 aku. Wah. Wah. Wah . memang tak leh jadi. Mentang2 nampak kita perempuan sorang2 nak suka suki je marah-marah. Aku lawan balik la tak da makna nya diam gitu je (lawan cakap jela).

Nasib baik la (ala biasa nya rakyat Malaysia memang prihatin tapi ni puji ke apa? *abaikan* ^^v ) pak cik motor sedia menjadi orang tengah menyejukan keadaan. Baik-baik gaduh terus ok sampai la polis ronda sampai. Phew! Lega jp

Keadaan lalu lintas agak sibuk (aku punya pasal la..hoho). baru ku tahu, perasaan orang accident di jalan raya. Marah pun ada. Sakit hati pun ada. Malu pun ada. Bengang? Konfim la ada kan. Lepas ni taubat tak mo cakap pape if ada orang accident. Full stop!.lepas ni tak nak bising-bising bila jalan jammed (yeke? Entah la labu..haha)

Tengah panas-panas, cepat-cepat aku call baba. Aku cakap “ba, kakak accident ni. Kakak ok. Kereta yang teruk”. Nak tahu tak ayah aku cakap apa? “ha apa?kereta ok?” . ha amik, padan muka aku. Terasa cam jatuh pokok kelapa je bila dengar ayh aku cakap cam tu. Bukan terus tanya aku ok dulu ni tak tanya kereta ok ke tak. Adoyai~

Ada la 1 jam gak jadi model tak berbayar kat atas divider 2 dgn bpakaian ala-ala lawyer tapi ada gak suara-suara sumbang menyumbang. “hoi, patut la jammed kau punya pasal la” . Ingat aku nak sangat agak nya nak accident. Tangan ni dah ringan dah nk cabut kasut nak baling kat muka orang berkenanan tu. Hoho. Tapi -tapi baik tak payah, ada kang tambah lagi satu kes kang. Haru-haru~

Selamat je boyfren naik atas on-tow. Family aku pun sampai. Mama dah start dah peluru berpandu dia kat aku. Huhu. Nasib badan tapi bila aku cerita balik terus cool cam ais box. Dah tak marah-marah lagi dah . lepas tu, kita orang pun terus ke balai wat report tapi uncle drebar entah mana tah pegi hantar passenger kot bila dia buat repot pun aku tak tahu.



                 *first week muley2 bersama dengan boyfren*

Thursday, July 7, 2011

Antara Keperluan Dengan Kehendak Dengan Impian

salam, hye....
angin lalu mendorong membuat entry kali ini
*senyum*

overall..semua orang ada semua ni...
okay...
kita check list kejap dulu
keperluan?
wajib kan?
kehendak?
ada kan?
impian?
memang kena ada...

tapi...
apa beza nya?
apa itu keperluan?
apa itu kehendak?
apa itu impian?
secara kasar kita nampak macam sama je bila counting asal boleh kan?
hakikat nya...ketiga-tiga ini beza...
memang berbeza...
*Tee Hee*

rasa nya la kan...otak dan minda berkata
(kamus FaLiSha okay? *wink )
keperluan itu perlu...
*tayang gigi*
sebab...
kalau keperluan tak ada macam mana kita nak teruskan kehidupan kita seharian kan?
betul tak?
contoh nya baju, makan, tempat tinggal, makan dan sebagai nya...
itu keperluan kan?

erm....kehendak pula...sesuatu yang kita ingin kan dalam masa terdekat mungkin...
kekadang orang musykil juga dengan kehendak ni...
yela kan...
sama ada ianya kehendak ke sebenarnya?
ke keperluan?
ke impian?

kehendak ni memang memeningkan kepala...
untuk nak tahu itu kehendak mudah aja kot rasa nya...
ianya lebih kepada perkara atau benda yang mungkin di kategori kan sebagai keperluan...
ya! betul!
ada masa kehendak ni negatif ada masa positif...maksud nya kat sini - kesan-kesan nya samada baik atau buruk kepada kita...
for example kita ikut kan aje kehendak kita untuk beli sesuatu...
last-last...
tidak ada duit untuk makan...padahal makan tu keperluan tu...terpaksa la ikat perut ke jadi debtor kepada PaMa (family la) kita..kan dah susah kan diri sendiri nama nya tu kan?
macam sekarang ni la kan...
sebagai contoh...
kamera dslr la...ipad la...iphone la...
kita mesti nak kan semua tu?
tapi benda alah ni tak ada...
kita tak dapat nak ada kan...
kita still boleh teruskan hidup kita dengan aman kan?
*mari senyum...hihihi*

*berangan kejap*
*tayang gigi*
kalau cita pasal impian...
mula la rasa macam diawang-awangan
(err,aku la tu kan..*wink)
impian adalah suatu yang indah berfaedah yang datang daripada diri kita sendiri selepas puas berusaha menuju kejayaan...(cewah!,HAHA)
suatu yang long term untuk dicapai..
ketika kita telah melepasi benchmark yang telah kita tetapkan atau orang lain tetapkan...
impian sentiasa positif kan?
tapi ada ke impian yang negatif eh?
*memikir*
p/s impian utama : nak buat mama dan baba goyang kaki :)

~pengkaji cuaca FaLiSha
selalu hadap masalah nak beza kan keperluan dengan kehendak terutama nya la...haish!..

Wednesday, July 6, 2011

...kupu-kupu...



p/s adik-adik sepupu gue lorh!

~pengkaji cuaca FaLiSha
mood : tambah tolak dah nk puasa la...pas tuh raya..adess! tak habis lagi ganti puasa =,='

Monday, July 4, 2011

Gadis Pabila Umur Menjangkau 20++ Dah Kurang dot.dot.dot Ke?

salam semua...
masa sekarang lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia...
*muka senyum*

sudah lama biar kan blog ini terkontang kanting...
*muka maaf*
haha...
padahal malas nak meng'update'...
*iklan gigi pulak*
Tee Hee

aku biasa bila berkesempatan...
suka menyibukkan diri aku kat rumah pak ngah dan mak ngah aku...
ditemani....
sudah tentu lah bersama adik bongsu aku...
bila mama cuti dengan mama la aku ke sana...
*senyum lagi*
:)

di rumah pak ngah dan mak ngah...
kami suka berbual-bual bersama-sama...
tak kira lah...
hal politik ke?
"err...politik ke?...layan aja ler... :) "
hal akademik ke?...
"of course ma...penting wo!...wink*"
hal dunia ke?..
"erm...boleh lah"
hal anyam ketupat ke?..
"hahaha...harus!"
hal kahwin?boyfriend?girlfriend?..
"kekadang je..hehehe"

tapi...
bila tang kahwin plus boyfriens plus girlfriend ni agak menarik juga la...
*tunjuk gigi*
magnet nak cita hal ini memang kuat kot...
haha...
maklum la...
kami ni...
cucu sulung...
*senyum*
mak ngah aku sibuk cita pasal adik sepupu aku yang duduk melaka tu nak kahwin bulan ini...
"ceyt!..mereka sudah langkah bendul...ini tidak adil!"
sekali dua beradik sekali jalan...
tidak silap...
yang akak nya umur 16-17 thn cam tu la...
yang adik nya pulak 15-16 thn la kot...
*sedih*
mereka mangsa keadaan masalah keluarga...
aku tahu...
mereka golongan yang pandai...
kecik-kecik dulu...
mereka petah bercakap...
tapi tu lah...
kurang bimbingan yang cukup...
kekangan masalah keluarga
mungkin juga faktor pengaruh sekeliling...
umur begitu tak bersekolah...
bila sudah pandai bermain cinta...
langkah terbaik rasa nya la...
bagi makcik ku disana...
kahwin kan mereka...
"harap, mereka tabah menghadapi zaman perkahwinan pada usia yang muda...Amin..."

ok...
baik lah...
habis sudah cita adik sepupu aku..
haha...
apa lagi...
soalan cepu emas keluar sudah ditujukan untuk aku...
*muka blur*
agak-agak tahu kan soalan nya?????
*tayang gigi lagi!*

nasib baik lah aku dikurniakan pak ngah dan mak ngah kelakar orang nya...
kadang-kadang...
sakit jugak la perut aku ni...
ketawa tak berhenti...

mungkin bila muka aku menunjukan tiada lagi tanda-tanda untuk kahwin buat masa terdekat ini...
mak ngah jenis memahami...

mak ngah pun cakap:

"dulu kakak kawan dengan sekian-sekian ni kan?..sekarang dah kurang ke?"
pendek je jawab : "aah, mak ngah"
" umur kakak berapa sekarang?"
pendek juga jawab: "23"
"perempuan masa umur belasan memang tengah seronok nak berkawan tapi bila dah masuk 20-an dah kurang rasa nak berkawan"
aku? : eerrrrrrrrrr,fikir-fikir... : "betul kot mak ngah (sambil tersengih-sengih) "

bila dah bertapa kat umah...tanpa mama...tanpa baba...tanpa adik aku...tergiang-giang kata-kata mak ngah aku tu...

betul 40%

tak betul 40 %

was-was 3%

tipu 2%

tak percaya 10%

auta aja 5%

< statistik ini dikeluarkan oleh FaLiSha sahaja ye (~,^)V.. jika salah, sila argue :) ..terima kasih >

Naluri manusia...Tak kira lah...Lelaki mahupun perempuan...Memang kuat untuk berpasangan...( kalau salah bukan normal kn? Tee Hee )...Aku mungkin setuju dengan kata-kata mak ngah aku tuh...Tapi kalau orang lain yang dengar....Tapi tak boleh terima...Tak salah jugak kan?

p/s : kat angsana ade expo perkahwinan...rasa macam nak kahwin sekarang aje..cantik betul baju pengantin dan pelamin tersergam indah dia orang display...i loike! Haha

~pengkaji cuaca FaLiSha

Bila la nak muncul ni prince charming?...*blushing*

Sunday, June 19, 2011




BUNGA TULIP
~Ia membawa rasa cinta dan tuah.
~ Cinta yang Sempurna

Merah : percayalah padaku , deklarasi cinta
Kuning : cinta yang tidak ada harapan
Dua warna : mata yang indah





salam....
hye....
tiba-tiba kali ni...
nak buat entry pasal bunga...
bunga kesukaan kita tau
*senyum*
BUNGA TULIP la.....

kita berangan nak pergi tempat banyak bunga tulip sangat-sangat...
kita nak duduk kat tengah-tengah tempat bunga tulip berangan tu lama-lama sampai puas...
kita nak tangkap banyak-banyak gambar bunga tulip dengan tangan kita sendiri...
alahai!!
best nya...
hope will be comes true
*muka berharap*
Tee Hee :)

p/s : kat mana ya banyak bunga tulip??...amsterdam eh?australia eh??...mana lagi?

~pengkaji cuaca FaLiSha
salah satu impian saya ni tau (^,~)V

Tuesday, May 24, 2011

Gerak Hati

salam...hye sume...kali ni,nak cakap pasal gerak hati...dengan kata lain, "esteem"....ok,baik lah...korg sume selalu tak bermasalah dengan hati??...eh,bukan lah...bukan yang tu..bukan pasal jatuh cinta atau suka kat seseorang tau kali ni...bukan...100% bukan..ni pasal gerak hati selain itu sume tau!..

alah, contoh nya..if ade promoter ke alah yang jual-jual barang atau servis kat mana-mana tuh yang korg jumpa kat mana-mana cam kat shopping complex...ada kan?kan? :D ..gerak hati korg msti cakap kan : "alah,tipu je ni" ..jadi itu korg cuba dengan sebaik nya untuk lari dari jadi mangsa-mangsa kena tahan dengan dorg...erm..betol tak?....HAHA...*aku pun cam tu gak!*...HAHA


wokey..memang ada owg cakap; "jangan ikut hati"...ada owg cakap; "cuba tanya hati"....dan macam-macam lagi la kan?...tak dinafikan aku memang selalu menghadap masalah cam ni...sekarang ni pun memang ada pun...hati memang dapat rasa sesuatu...tapi...susah tak tahu nak buat apa.....huhuhu....

sebab apa tak tahu?...sebab aku nak apa yang aku rasa ni ada bukti nya...realiti nampak depan mata...selagi tak nampak dengan mata sendiri...itu lah manusia kan?...macam-macam ragam...

aku takut gerak hati salah..aku takut kalau gerak hati itu betul...alah,macam mana ni??*muka sedih*...tapi...alah,tolong!...tolong!...macam mana nak buat ni?


p/s kenapa nak ada masalah macam ni?..kalau nak gerak hati pun...pasal lain kan boleh..kenapa?..hurm..*muka tahan nanggis*

[tengok miow ni baru la rasa tenang kit hati jap =,= ]

~pengkaji cuaca FaLiSha
aku berdoa apa yang aku rasa ini bukan la nyata...biar lah ia palsu jangan realiti...Amin

Wednesday, May 18, 2011

ikut hati ke ikut err??...err, entah lah

salam...
hai awak...
hai kamu...
hai dia...
hihi...
*muka selamba*

okay...
kali ini kan...
nak cakap pasal ikut...
ikut apa?
ala...
ikut...
ikut yang gitu-gitu tu..
HAHA...

macam ni...
sebenar nya...
aku selalu mengadap..
iye...
betul..
*muka serius*

lagi-lagi kan...
pasal relationship...
ikut hati...
nak!...
teringin!...
impi kan...
tapi...
tapi...
ish!...
susah la nak cakap..
betol tak?



tak payah cakap relationship...
pasal duit...
hidop pun cam tu gak...
nak buat keputusan termasuk gak ni
kalau ikut hati...
on aje...
tapi bila mengenangkan faktor- faktor lain..
cam terbantut nak itu atau ini...
huhu
*tayang muka sedih*

at last...
apa jadi?
confius la jadi nya..


kenapa jadi cam ni ya?..
mengapa?
bagaimana?

nak tak nak...
keputusan di buat juga...
kadang-kadang implak nya...
mengembirakan..
menyesal...
macam-macam lagi...

tapi ingat tau...
apa jua kita dah buat keputusan...
dengan keputusan tu...
mungkin negatif implak nya
ingat tau...
jangan sesekali menyerah kalah
atau pun melatah..
mungkin ada hikmah nya...
kita tak tahu kan?
*muka suka*

~ pengkaji cuaca FaLiSha
selalu tension dengan keadaan ini...lagi-lagi ada orang yang jenis mendesak...hmmm...tuhan jela tahu apa aku rasa..T____T

Tuesday, May 17, 2011

Dua Puluh Tiga

salam sume...
hye...
elow...
alooo...

haha...
jakun lak aku kn...
dah lama tak update cam ni la gaya ada...
jakun sangat nak mengelo orang...
kih kih kih....

tajuk kali...
dua puluh tiga...
napa dua puluh tiga?
umur la...
bukan apa pun...

"oh my God!!"
*muka tak percaya*
*muka tak leh terima kenyataan*
*muka-muka sewaktu dengan nya*
terpancul !

hati berkata...
"oh my, now im 23 y.o...oh,no!...i cant believed it..."
"dah 23 cam tak ada ape lagi aku capai lagi...aduh! cam ni?"
*muka takut*

jap2...
cool sudah la beb...
mmg la life is short orang cakap...
orang cakap tau...
bukan aku cakap...
hihi...
ikut flow hidop...
usaha jangan mudah putus asa...
usaha dan usaha lagi...
terus berdoa selalu...
mudah2an dipermudahkan...
*senyum*

tanggal 20 haribulan March 2011..
lebih tak kurang la...
jam 5.00petang...
berlakon baik punya si kawan, zati...

zati : fara tak pergi mana-mana ke?
aku : erm...tak pergi mana pn...baru nak kemas buku-buku ini...

masa ini tak syak apa-apa pun..
memang zati ada minta lighter dia balik sebelum ini...
bajet dalam hati
" zati nak pasang pewangi kot ( pewangi lilin ) , yela..hujan...bau wangi mesti lagi kuat bau dia"

jeng! jeng! jeng!...
tiba-tiba je dengar orang nyanyi lagu "happy Birthday"
muka?
haha...
muka tak payah cakap..
muka terkejut teramat sangat!...
epy!
terkesima!



orang tak pernah dapat celebrate suprise birthday memang cam aku ni...
jakun!
hahaha...

....terima kasih....
nurul aiman rejab
nur izzati nadzri
siti fatimah mahfol
......................................


muka ku!
memalukan...
muka memang muka tak siap...
hahaha...
xpela
biar jela
*muka pelik*


hari lahir kali ini...
aku dilanda demam..
*muka sedih*
seminggu juga la demam..
on off..
on off demam..
on off cam ne?
badan jap panas...
badan jap ok...
panas...
ok...
panas...
pengalaman baru betul!

demam-demam pun..
dengan hari hujan...
sempat lagi ini...
pegi kua pegi eye-on...
snap satu dua gambar...








~ pengkaji cuaca FaLiSha
hampir 2 bulan lepas ini terjadi tapi masih segaar dalam ingatan...terima kasih kawan :)

Saturday, March 19, 2011

kisah cinta

salam...
lama kan tak update post?
err...
byk jugak perkara jadi..

ok..
baik lah...
untuk sekalian kali..
aku mahu berkongsi...
boleh dikatakan...
pengalaman...
pengetahuan...
warna warni hidup...

seperti biasa
rutin sebagai pelajar yang ketinggalan satu semesta...
ada kala nya..
bersendirian membawa diri...
ada kala berteman...
teman?
ya!
aku ada teman yang cukup baik di sini..

salah seorang dari mereka...
seorang adik...
adik macam kakak bila bercakap..
err...
maksud nya...
dia seorang yang matang orang nya :)

suatu ketika
aku tumpang kereta dia bila mahu balik rumah..
then...
borak punya borak...
dia ngadu...

dia : akak tahu tak ada hal buat hati orang panas
aku : la, kenapa pulak?
dia : tak da, macam ni..kan orang ajak sepupu orang teman orang masa mak ayah orang tak da kt rumah..
aku : ha...ya..tahu...napa?
dia : ok..then orang ajak la sepupu orang keluar...masa tu sepupu orang demam..tapi leh je lagi nak pegi berjalan...but before nak keluar tu, sepupu orang cakap gerak hati dia cakap mseti terjumpa boyfriend dia nanti...akak pernah nampak kan boyfriend sepupu orang tu?
aku : owh,yeke?...pernah la...kan masa kita keluar masa tu kan sepupu kamu ada sekali nak jumpa boyfriend dia tu kan?...pernah la...
dia : akak tahu betul gerak hati sepupu orangi tu memang terjumpa boyfriend dia masa kita orang jalan-jalan.
aku : then apa jadi?
dia : boyfriend sepupu orang tu keluar dengan perempuan lain...pulak tu, perempuan tu budak junior sekolah orang!
aku : eh, biar betol.
dia : betol..mula-mula itu, orang tak perasan sepupu orang tak da kat sebelah orang..then orang cari la dia kan...yela apa-apa jadi susah..rupanya sepupu orang hilang masa tu sebab sepupu orang nampak boyfriend dia tu...nasib baik la orang jumpa sepupu orang tu, so orang ikut la dia..then dia terus la kejar boyfriend dia..kejar punya kejar dia baru perasan boyfriend dia keluar dengan perempuan lain..masa tu baru orang perasan perempuan itu budak junior sekolah orang...orang apa lagi la cuba nak menyorok la tak nak junior orang tu nampak..
aku : la yeke?erm...macam - macam hal
dia : tu la kak...sepupu orang itu dah menangis dah masa itu...tah macam mana boyfriend dia ternampak dia...orang masa itu tak la dekat sangat dengan dia orang..so orang tengok kan aja la dia orang itu...kat tengah-tengah jalan orang lalu lalang dia orang leh berhenti lak kan dia orang yang bincang berdua..tah apa je...then, boyfriend sepupu orang tu panggil orang pegi kat dia orang...so, orang pegi la...pas tu, dia leh cakap " ko bawak balik sepupu ko ni " ..sepupu orang tengah nangis lagi so orang cakap la " ni napa ni? "..orang cakap slow je..tak habis cakap...akak tahu boyfriend sepupu tu terus potong cakap orang, cakap tengking lak tu kan " ko jgn nak sibuk...ni hal aku dengan dia je...ko jangan masok campur!..dah tahu dia tak sihat ko bawak dia keluar napa??! " ..orang masa itu senyum je...tak cakap pape pun...
aku : kurang ajar nya...kalau akak dah beta balik dah..huhu

Love Myspace Comments

kurang ajar kan..
dah tahu salah sendiri...
orang lain lak nak di salah kan...
orang lain lak nak di marah kan...
ada juga jenis manusia macam ini..
nasib baik la si teman aku ini seorang yan bersikap matang & professional...
kalau la aku yang kena tengking cam tu tak tentu pasal...
memang aku dah hentam balik dah...
HAHAHAHA

yela itu kan tempat awam...
ikut suka la nak bawak sapa nak berjalan sama...
lagipun si teman aku ni a.k.a dah macam adik sendiri bagi aku...
dah mintak kebenaran daripada mak ayah sepupu dia untuk teman dia di rumah..
lelaki itu pun satu...
mentang-mentang girlfriend dia tak sihat...
so bagi dia line clear la konon nak buat apa dia suka...

p/s sebenar nya adik aku ini cerita yang kawan-kawan sepupu dia pernah nampak boyfriend sepupu dia dengan perempuan lain tapi sepupu adik aku ni boleh lak tak caya...cakap boyfriend dia tu baik..bayang kan la 6 tahun couple last-last ini jadi =,+

~pengkaji cuaca FaLiSha
dengar orang yang cerita aku lak yang emo lebih....hihi :D

Monday, February 7, 2011

Jari Jemari Menari - Nari

salam semua...
wah!...
sungguh lega...
tahu kenapa?
akhirnya siap juga aku menghabiskan latihan latih tak berapa nak tubi la...
tidak susah sangat la
berada di situasi kelas...
ya...
aku di kelas...
dulu rasa nya bila sahaja mempelajari perisian komputer berkaitan perakaunan...
aku lah yang cepat..
kali ini...
paling lambat siap...
tidak tahu lah kenapa...

biasa la kan hidup....
kena ada cabaran
baru lebih bermakna...
hahaha

[ tunjuk muka tengah bersabar ]

p/s kali ini lib tak berapa nak sejuk =)

~pengkaji cuaca FaLiSha
baru nak ada balik mood belajar ni! (",)


Thursday, February 3, 2011

Cuba Jelas Sebenar Status Kamu

salam semua...
kali ini...
nak cakap personal sangat
tidak juga...
rasa nya...
pengalaman ini sudah dua kali jadi dalam hidup...
cuma berlainan situasi...

manusia sekalian alam...
cuba lah berlaku jujur sejujur nya
tentang kamu...
tentang status kamu...
sama ada
sudah berpunya
sudah bertunang..
mahu pun...
sudah berkahwin...

jika TIDAK!!!!

kasihan pada manusia golongan yang bukan golongan seperti kamu...
kasihan mereka yang tidak tahu tentang perihal kamu ini...
KASIHAN!!!!!

p/s kena lagi dah...

~ pengkaji cuaca FaLiSha
tiba-tiba terkenang silap yang lampau...sedih...tidak hendak ulangi lagi...harap pada masa hadapan sinar semakin cerah..

Monday, January 31, 2011

Satu Februari Dua Ribu Sebelas


salam semua...
lama sudah tidak berblogger...
saya akui...
saya bukan blogger yang hebat...
say bukan blogger yang rajin 'updates entry'
ini bukan cubaan...
ini betul-betul...
baik lah :)

selama sebulan sudah berada pada 2011...
banyak suka duka saya alami...
pengalaman?
tidak lah sehebat mana...
saya manusia biasa
hidup tanpa pengertian popular
hidup normal seorang manusia
"eh, apa aku merepek ini?? (=,+)''

hidup seorang pelajar yang telah mengambil cuti khas...
tidak lah seceria mana...
kemana sahaja rasa keseorangan...
hendak buat apa?
bosan kerana keseorangan.....

[ kan best tengok hujan berteman...bosan nya tengok hujan sendirian =,="]






kawan kelas?
Alhamdullillah...
mereka baik-baik sahaja...
saya boleh sahaja kawan siapa-siapa...
tapi kali ni...
lain sedikit la...
mereka muda...
saya tua (-______-)






cerita yang tak best...
semester hadapan mula lambat...
tak suka la!!!..
nanti grade lambat...
tua la saya nanti...
kawan-kawan sudah kerja lama...
saya?
baru hendak menapak...
alahai!
sedih nya








sudah terasa bahang kehangatan...
hangat betul...
hendak tahu apa dia?

ambil ini :
[ assignment bakal berlambak : sudah lama tak bergelumang assignment yang dicintai =,=]

[ mari jawab kuiz sama-sama...HAHA ]

[ Testing....test...test...test1,2,3 (>,^) ]

perkara diatas ini...
sudah tinggal lama tuh...
6 bulan!!
kali ini...
dengan harapan...
dapat buat dengan terbaik (",)v

p/s tengah serabut ptptpu tak dapat!!,benci betul...

~pengkaji cuaca FaLiSha
suatu yang baru yang membuat diri ini lebih mengenal erti kehidupan...semangat...prinsip...cita-cita...harapan...sokongan...semua ini harus ada, jika tidak kita akan jatuh dan terus jatuh...

Sunday, December 19, 2010

Kanak - Kanak Sekarang Bila Cakap Macam Orang Tua

salam malam semua...

susah penat menziarahi blog kamo sekalian...
tiba -tiba...
teringat pula dengan adik-adik sepupu...
maklum la...
adik kandung pun sudah besar...
terasa rindu kat mereka ini...
tapi bila jumpa...
GADOH...
tak percaya?
percaya la~
ngee~

ingat lagi...
hari raya pertama 3 tahun lepas...

[Umie Alyssa : sepupu a.k.a anak Mak Usu..masa umur 3 tahun ]

kanak - kanak di atas ini...
dalam kereta baru sahaja bergerak keluar dari rumah..
lagu "Suasana Hari Raya" berkumandang di corong radio...
dengan tidak pelat...
dengan tidak gagap...
menyanyi lagu ini pabila dia mendengar...
kelakar...
kerna kami mahu ke ziarah ke kubur arwah Atok dan Nenek...
kata mama " ish, budak ini...orang yang pergi kubur...boleh pula dia suka-suka nyanyi lagu raya"
HAHA...
teringat balik..
**********


banyak juga gelagat kanak-kanak kecil seperti sepupu ku ini...
kira nya sudah macam gelagat orang tua bercakap mahupun berfikir dan buat...
lucu bila ingat balik...
ngee~

situasi pertama : Di rumah

mama ku sedang membetulkan keadaan baju nya...
masa itu tidak silap hari raya juga...
hari raya setahun lepas...

Mama : (sambil membelik baju nya di depan cermin lalu...) la, butang baju tercabut lak...

Sepupu ku @ Umie Alyssa : apa la mak long ni....baju baru pun butang dah cabut...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA

satu rumah ketawa mendengar adik sepupu ku ni bercakap begitu kepada mama ku...
mama ku pula bengang...
tapi disebabkan tahap geli hati lebih hebat daripada rasa bengang...
turut serta ketawa juga...

[ Umie Alyssa *kakak* + Umie Afiera *adik*]

[ 3 beradik ]

situasi kedua :

kalau yang ini...
kira sudah biasa...
kalau ada kanak-kanak perempuan dalam hidup kita...
bila nampak kita bersolek...
dia pun nak...
bila nampak kita ikat rambut...
dia pun nak...
bila nampak camera...
wah!...
mereka lagi dahsyat beri aksi...
hahaha....

situasi ketiga :





















4 rangkaian gambar :
+Adik Sepupu ( seperti yang dijelaskan diatas bersama Nur Farah Danisya a.k.a anak PaK Ngah) bermain sambil jadi model
+ Mak Usu....Pak Ngah...Baba ku : Shamsudin Hanafiah



pernah sekali tuh...
tengah duduk di tembok di kampung...

kebetulan semasa di situ ada seorang kanak - kanak lalu di depan kami...
mungkin bersama ibu nya...
adik sepupu apalagi...
terus cakap

Adik Sepupu : eii...tak cantik nya baju budak tu!!!!...

FaLiSha : Oi, kamu...suka hati kamu nak cakap macam itu ya?? (bercakap sambil ketawa ^^ )..ingat kamu baju kamu cantik sangat kah?

Adik sepupu : (menayang gigi)


aduhai...
kanak - kanak sekarang...
tidak tahu la...
adakala memang macam orang tua...

faktor-faktor :
+pengaruh televisyen
+meniru gaya orang dewasa bercakap
+persekitaran ini yang semakin mudah fahami
+ DAN LAIN-LAIN LAGI

p/s cuba lihat kanak-kanak sekarang...betol tak?


~ Pengkaji cuaca FaLiSha
penat juga layan kerenah kanak-kanak yang petah bercakap macam adik-adik sepupu ku ini...kekadang geram...kekadang bengang...kekadang sudah lama tidak berjumpa mereka,RINDU!