Saturday, March 19, 2011

kisah cinta

salam...
lama kan tak update post?
err...
byk jugak perkara jadi..

ok..
baik lah...
untuk sekalian kali..
aku mahu berkongsi...
boleh dikatakan...
pengalaman...
pengetahuan...
warna warni hidup...

seperti biasa
rutin sebagai pelajar yang ketinggalan satu semesta...
ada kala nya..
bersendirian membawa diri...
ada kala berteman...
teman?
ya!
aku ada teman yang cukup baik di sini..

salah seorang dari mereka...
seorang adik...
adik macam kakak bila bercakap..
err...
maksud nya...
dia seorang yang matang orang nya :)

suatu ketika
aku tumpang kereta dia bila mahu balik rumah..
then...
borak punya borak...
dia ngadu...

dia : akak tahu tak ada hal buat hati orang panas
aku : la, kenapa pulak?
dia : tak da, macam ni..kan orang ajak sepupu orang teman orang masa mak ayah orang tak da kt rumah..
aku : ha...ya..tahu...napa?
dia : ok..then orang ajak la sepupu orang keluar...masa tu sepupu orang demam..tapi leh je lagi nak pegi berjalan...but before nak keluar tu, sepupu orang cakap gerak hati dia cakap mseti terjumpa boyfriend dia nanti...akak pernah nampak kan boyfriend sepupu orang tu?
aku : owh,yeke?...pernah la...kan masa kita keluar masa tu kan sepupu kamu ada sekali nak jumpa boyfriend dia tu kan?...pernah la...
dia : akak tahu betul gerak hati sepupu orangi tu memang terjumpa boyfriend dia masa kita orang jalan-jalan.
aku : then apa jadi?
dia : boyfriend sepupu orang tu keluar dengan perempuan lain...pulak tu, perempuan tu budak junior sekolah orang!
aku : eh, biar betol.
dia : betol..mula-mula itu, orang tak perasan sepupu orang tak da kat sebelah orang..then orang cari la dia kan...yela apa-apa jadi susah..rupanya sepupu orang hilang masa tu sebab sepupu orang nampak boyfriend dia tu...nasib baik la orang jumpa sepupu orang tu, so orang ikut la dia..then dia terus la kejar boyfriend dia..kejar punya kejar dia baru perasan boyfriend dia keluar dengan perempuan lain..masa tu baru orang perasan perempuan itu budak junior sekolah orang...orang apa lagi la cuba nak menyorok la tak nak junior orang tu nampak..
aku : la yeke?erm...macam - macam hal
dia : tu la kak...sepupu orang itu dah menangis dah masa itu...tah macam mana boyfriend dia ternampak dia...orang masa itu tak la dekat sangat dengan dia orang..so orang tengok kan aja la dia orang itu...kat tengah-tengah jalan orang lalu lalang dia orang leh berhenti lak kan dia orang yang bincang berdua..tah apa je...then, boyfriend sepupu orang tu panggil orang pegi kat dia orang...so, orang pegi la...pas tu, dia leh cakap " ko bawak balik sepupu ko ni " ..sepupu orang tengah nangis lagi so orang cakap la " ni napa ni? "..orang cakap slow je..tak habis cakap...akak tahu boyfriend sepupu tu terus potong cakap orang, cakap tengking lak tu kan " ko jgn nak sibuk...ni hal aku dengan dia je...ko jangan masok campur!..dah tahu dia tak sihat ko bawak dia keluar napa??! " ..orang masa itu senyum je...tak cakap pape pun...
aku : kurang ajar nya...kalau akak dah beta balik dah..huhu

Love Myspace Comments

kurang ajar kan..
dah tahu salah sendiri...
orang lain lak nak di salah kan...
orang lain lak nak di marah kan...
ada juga jenis manusia macam ini..
nasib baik la si teman aku ini seorang yan bersikap matang & professional...
kalau la aku yang kena tengking cam tu tak tentu pasal...
memang aku dah hentam balik dah...
HAHAHAHA

yela itu kan tempat awam...
ikut suka la nak bawak sapa nak berjalan sama...
lagipun si teman aku ni a.k.a dah macam adik sendiri bagi aku...
dah mintak kebenaran daripada mak ayah sepupu dia untuk teman dia di rumah..
lelaki itu pun satu...
mentang-mentang girlfriend dia tak sihat...
so bagi dia line clear la konon nak buat apa dia suka...

p/s sebenar nya adik aku ini cerita yang kawan-kawan sepupu dia pernah nampak boyfriend sepupu dia dengan perempuan lain tapi sepupu adik aku ni boleh lak tak caya...cakap boyfriend dia tu baik..bayang kan la 6 tahun couple last-last ini jadi =,+

~pengkaji cuaca FaLiSha
dengar orang yang cerita aku lak yang emo lebih....hihi :D

Monday, February 7, 2011

Jari Jemari Menari - Nari

salam semua...
wah!...
sungguh lega...
tahu kenapa?
akhirnya siap juga aku menghabiskan latihan latih tak berapa nak tubi la...
tidak susah sangat la
berada di situasi kelas...
ya...
aku di kelas...
dulu rasa nya bila sahaja mempelajari perisian komputer berkaitan perakaunan...
aku lah yang cepat..
kali ini...
paling lambat siap...
tidak tahu lah kenapa...

biasa la kan hidup....
kena ada cabaran
baru lebih bermakna...
hahaha

[ tunjuk muka tengah bersabar ]

p/s kali ini lib tak berapa nak sejuk =)

~pengkaji cuaca FaLiSha
baru nak ada balik mood belajar ni! (",)


Sunday, February 6, 2011

Hati Yang Terlambat

salam...
hati oh hati...
susah untuk di fahami...
ada masa...
diri sendiri tidak faham dengan apa yang hati tertarik...
mahu tidak nya...
empunya diri telah mencipta prinsip hidup nya...
ada kala nya...
hati...
mata...
perbuatan kita...
menjangkaui prinsip hidup yang telah ditetap kan...

persahabatan yang terjalin...
dengan sikap yang serasi...
walau kenal tidak seberapa lama...
hati bila tertarik...
susah hendak dikawal...

hati yang sebelum ini ampuh...
hati yang sebelum ini kuat...
hati yang sebelum ini tegas...
secara sekelip mata...
tertarik dengan seberapa pantas...

persahabatan...
tidak kira la antara perempuan
mahu pun...
antara lelaki...
tidak ketinggalan
antara perempuan dan lelaki...
kena lah bersikap jujur dan ikhlas...
(rasa macam pernah cakap yang ni sebelum ni =_=" )

jadi la diri yang sebenar...
bila ia berkaitan hati...
jangan sesekali berselindung...
jika tidak...
ada hati yang terluka...

perbualan di Yahoo! Mesengger bersama teman yang pernah bersama-sama susah payah mendapat kan segulung diploma dahulu membuat ku merindu kan teman ku ini...

kawan : hai
aku : hai
kawan : dah lama tak berhubung...kamu apa cita?
aku : cita yang sama saja
kawan : dengan siapa sekarang?
aku : tidak dengan siapa-siapa macam dahulu juga
kawan : sabar lah..
aku : baik lah. agak nya memang lambat orang yang jumpa putera idaman orang ni (sambil ketawa )..kamu?dengan siapa pula?
kawan : sabar ya kamu..baru sahaja baik semula dengan si dia..
aku : tengah bersabar lah ini...berkurun betul tunggu (ketawa )..oh..begitu?..bagus la...siapa dia?
kawan : sudah lama dengan dia..setahun setengah..sebelum ini kami putus..ini baru sahaja baik semula...tapi susah hati la sebab ada orang ketiga..putus kejap sudah kenal orang lain..
aku : hmm...bahaya itu...kamu jaga dia baik-baik...
kawan : macam mana nak jaga...dia kat KL..orang kat pahang...mujur dia tak pandai sangat bab internet ini semua...
aku : nasib baik..harap kamu kekal dengan dia
kawan : itu lah...harap pun macam itu lah..kamu tidak kawan dengan siapa-siapa ke sekarang?
aku : ada tapi tunang orang..
kawan : tunang orang?..ish,jangan la kawan...
aku : orang baru tahu dia dah tunang tapi masalah sekarang..orang tersuka kat dia (sedih )..lagi satu orang sekarang rasa sudah melepasi prinsip hidup orang! (mahu nangis)..jadi sekarang, orang sudah suka pada orang yang sudah milik orang!...ini semua dah melepasi prinsip sendiri yang tidak akan suka yang sudah milik ornag lain...orang rasa marah kat diri orang sendiri...
kawan : bawa bersabar..orang rasa lebih baik jangan kawan dengan dia lagi..dia milik orang...apa jadi kamu yang disalahkan..
aku : orang tahu itu ( sudah nangis )
kawan : jangan putus asa ya..orang yakin ada seseorang untuk kamu..
aku : harap pengalaman ini ada hikmah disebalik nya..harap sangat ( muka mengharap di depan screen notebook sambil mengesat air mata )
kawan : jangan kawan,ok?
aku : baik lah...

[ ini adalah aku ; sekadar lebih kurang la =,= "]

aku dan dia..
perbualan kami terlalu banyak diperkatakan...
tidak sangka..
aku boleh cita apa sahaja bersama dia...
masa depan?
kawan?
masalah?
umum?
semua sahaja tanpa batasan..

dia kata...
salah ke dia hendak berkawan...
terlambat kenal aku..
kena beritahu hal sebenar kat aku...

minda aku...
kenapa aku boleh jadi suka pada nya?
kenapa?
tolong la jauh kan perasaan ini pada nya

[ duduk tepi laut kan best bila ada masalah macam ini T__T]

p/s tolong saya!

~ pengkaji cuaca FaLiSha
wahai airmata...berhenti la...jangan nangis lagi...









Thursday, February 3, 2011

Cuba Jelas Sebenar Status Kamu

salam semua...
kali ini...
nak cakap personal sangat
tidak juga...
rasa nya...
pengalaman ini sudah dua kali jadi dalam hidup...
cuma berlainan situasi...

manusia sekalian alam...
cuba lah berlaku jujur sejujur nya
tentang kamu...
tentang status kamu...
sama ada
sudah berpunya
sudah bertunang..
mahu pun...
sudah berkahwin...

jika TIDAK!!!!

kasihan pada manusia golongan yang bukan golongan seperti kamu...
kasihan mereka yang tidak tahu tentang perihal kamu ini...
KASIHAN!!!!!

p/s kena lagi dah...

~ pengkaji cuaca FaLiSha
tiba-tiba terkenang silap yang lampau...sedih...tidak hendak ulangi lagi...harap pada masa hadapan sinar semakin cerah..